Tuesday, December 29, 2009

Berbatov Score 10 Biji

MANCHESTER:
Penyerang kelab gergasi Inggeris, Manchester United, Dimitar Berbatov percaya pasukannya akan mengekalkan takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini ketika pertembungan menentang Wigan Athletic di Old Trafford, hari ini. Rakan sepasukannya, Wayne Rooney menjadi inspirasi kemenangan 3-1 ke atas Hull City, Ahad lalu yang memberi kelebihan kepada United mendekatkan jurang mata dengan Chelsea kepada lima mata selepas pendahulu itu menewaskan Fulham 2-1, kelmarin. Kenyataan pengurus United, Alex Ferguson yang percaya sekiranya anak buahnya berjaya merapatkan jurang mata dengan Chelsea sebelum tahun baru ia bakal memberi mereka kejuaraan buat kali keempat berturut-turut dan tanggapan itu disokong Berbatov.